THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Followers

Nak Baca Yang Mna Ni??

Thursday, 11 October 2012

Diary Seorang lelaki


Assalamualaikum blogers(!) harini gua nak share sikit cerita syok giler boleh meleleh airmata kalau baca untuk korang semua , gua dapat cerita ni dari salah seorang blogger yang sangat cool giler. harap korang dapat menghayati la isi cerita ni , tak boleh baca sampai habis . sikit-sikit la..sok lusa boleh baca lagi..cool kan ~










Aku menyayangimu namun adakah aku terlewat untuk menuturkankannya untuk kali kedua.....aku yang bersalah membiarkan perasaannya layu sendiri tanpa pujukan dan rayuan dariku lagi....masihku ingat saat pertemuan pertama..ku berjanji ingin menjadi plindungmu..ku ingin menjadi penjaga kepada hatimu setelah kau ceritakan segala kisah hitammu yang menjadi mangsa cinta palsu lelaki..namun siapalah aku untuk menghalang diriku dari memandangmu dengan penuh nafsu....ku Cuma lelaki biasa yang tuhan kurniakan 1 nafsu 9 akal..lantas nafsuku yang satu itu menyebabkan aku kehilangan dirimu..ku akui kau memang wanita hebat..setiap yang mengenalimu pastikan jatuh hati pada tingkahmu yang manja dan kerana itu mungkin akhirnya kau tersungkur dalam dakapan ramai lelaki yang hanya ingin meratah tubuhmu dan adakah aku jua begitu..ya tanpa sedar aku juga menjadi seperti lelaki-lelaki yang sebelum ini yang hanya ingin mempermainkan dirimu hanya untuk melepaskan nafsu...setelah itu aku mula menjauhi dirimu kerana ku bimbang kehadiran dirimu hanya akan menyusahkan hidupku kelak..arghhh kejamnya aku saat itu memperlakukan dirimu sedemikian rupa..entah kenapa aku sudah lupa dengan janji-janjiku padamu dulu sewaktu mula-mula ingin mengenali dirimu dulu...namun kau sungguh naif..kau sedikitpun tidak pernah mengungkit segala janji yang ku taburkan dulu..masih ku ingat jua sewaktu kau bertembung aku dengan perempuan lain...kau hanya memandangku tanpa kata...aku yang terpaku melihatmu pantas pergi jauh darimu....

Gadisku tidak aku nafikan kadang kala aku memandang rendah padamu...kau memang wanita yang tidak pandai menjaga diri.malah kau juga bukanlah cantik sangat hingga ingin membuatkan aku jatuh cinta..mungkin kerana itulah aku langsung tidak memandangmu dan melayanmu selayaknya..aku tidak pernah menghargai dirimu malah tidak mengingati pengorbanan dirimu yang menyerahkan tubuhmu padaku sebagai bukti kasih sayangmu padaku..aku fikir kau wanita yang tidak pandai menjaga diri dan tidak layak untuk dijadikan isteri.....

Aku tidak mempedulikan kehadiranmu lagi...aku tidak menghubungimu lagi..ditambah dengan kesibukanku..aku semakin melupai dirimu dan menjauhi diri darimu...namun kadangkala aku terfikr mengapa selama ku tidak pernah mencari dirimu..kau jua tidak pernah datang mencariku..kau jua turut mendiamkan diri..kenapa kau tidak memintaku bertanggungjawab.....kenapa kau hanya menanti aku bertindak dan akhirnya aku terus lupa padamu...bersamamu ku anggap sebagai tuahku sahaja..aku lupa aku berkenalan denganmu disaat hatimu terluka ditinggal lelaki..aku hadir walaupun pada mulanya kau menolaknnya...aku tidak nampak semua itu...aku yang membawamu masuk kedalam hidupku dan akhirnya aku jua yang membuangmu jauh...
Sehinggalah suatu hari aku berkawan dengan seorang wanita lain,,,,orangnya cantik dan manis dipandang..menjaga pergaulan dan bersopan...aku namakan dia Qiss..aku bertekad ingin menjadikannya suri hatiku...dan akhirnya aku berjaya dalam misiku untuk menjadikan wanita itu kekasihku dan ingin menyuntingnya menjadi isteriku...aku bahagia bersamanya..namun walau telah memiliki wanita yang baik entah kenapa....aku menjadi rindu padamu.....segala kenangan kau dan aku terimbas kembali di dalam fikiranku....segalanya terjadi sewaktu aku terserempak dirimu dengan seorang lelaki....api cemburuku meluap-luap..aku lupa siapa aku kala itu..aku tiada hak lagi untuk menghalang dirimu dari bersama mana-mana lelaki....aku sedar sewaktu kita bersama kau tidak pernah seperti itu....kau begitu setia padaku...adakah aku yang membuatkan kau berubah ke perangai lamamu...tiba-tiba aku jadi bimbang...

Setiap kali aku melafazkan rasa sayangku pada Qiss aku teringat yang aku pernah mengucapkan ayat yang sama padamu, dan setiap kali itu juga kau hanya tersenyum, tidak pernah mempersoalkannya....kau yakin dengan kasih sayangku sehingga menuruti kehendakku walau ku tahu kau tidak rela melakukannya,,,semuanya demi aku.ya kerana aku kau lakukanya jua...saat itu perasaan bersalahku datang bertalu-talu...seolah-olah ucapanku tiada ertinya pada Qiss, kerana aku pernah mengucapkannya padamu gadisku namun aku sendiri yang mempermainkan perasaanmu dulu...aku tidak layak untuk menuturkan kata-kata itu...aku mula rasa ingin menatap wajahmu, senyumanmu dan tingkahmu yang manja itu..walau Qiss jua manja orangnya,manis senyumannya namun tidak sepertimu gadisku..saat itu aku sedar betapa berbezanya dirimu dengan wanita lain..rasa bersalah menyelinap kedalam diriku...tergamaknya aku meninggalkan dirimu....

Suatu petang aku mengambil keptusan untuk bertemu dirmu..kau kelihatan tenang,,,,,,senyumanmu masih terukir untukku namun ku tahu derita kecewa yang kau tanggung..kau tidak lagi menatap wajahku..kau tidak lagi memandang wjahku seperti biasa yang kau lakukan setiap kali kita bertemu...kau menunduk dan hanya sesekali mengangkat wajahmu apabila menjawab soalanku..aku terpukul..kau tidak langsung mempersoalkan tindakan aku meninggalkan dirimu setelah apa yang telah kita buat....kau begitu tenang malah tidak sedikitpun terpancar riak kemarahan diwajahmu kerana yang kulihat hanyalah riak kesedihan...yer satu yang telah hilang dari wajahmu...iaitu wajah riangmu yang sering kau pamerkan setiap kali kita bertemu..aku rindukan semua itu..gelak tawamu yang manja....kini tiada lagi....menambahkan lagi rasa bersalahku..aku ingin sekali memelukmu mengatakan aku rindu..namun aku malu...

“ abang minta maaf” ujarku dengan perasaan bersalah yang tidak tertanggung lagi.ku renung wajahmu kau cuma diam...tanpa reaksi...kau berpaling dariku...menyembunyikan wajahmu

“ abang minta maaf” ku tuturkan sekali lagi dengan harapan dia akan memaafkan aku....

“ermmm” balasmu ringkas....ku tahu hatimu sebak

“ abang minta maaf tak cari sue..” buat pertama kalinya aku merendahkan egoku kerana aku tahu betapa bersalahnya aku pada dirimu..kau tunduk lagi...sesekali memandang kearah tasik....sinar matamu ku lihat kelam dan redup..,,ada airmata yang bertakung didalam kolam matamu

“ takde apa-apa yang sue nak maafkan..kenapa nak minta maaf....”ermm itulah gadisku yang tidak pernah menunjukkan kemarahanmu teerhadapku namun segalanya kau pendam didalam hati...walau hatimu terluka dan bisa menyalahkan aku untuk semua yang berlaku namun kau memilih untuk membiarkan aku.....aku betul2 tidak memahami dirimu.....aku bertanya pada diriku sendiri kenapa lelaki lain yang pernah mendampingimu pergi meninggalkan dirimu.....aku tidak pernah ingat semua itu sehingga akhirnya aku menjadi seperti lelaki-lelaki itu,meninggalkan dirimu dan kemudian datang mencarimu kembali....saat itu aku tersedar bahwa walau tidak mempunyai paras yang cantik namun dirimu punya kelebihan lain..yang tidak boleh dinilai dari segi fizikal ..hatimu jua lembut....walau berulang kali aku sakiti kau sentiasa memaafkan aku.....kau juga memahami.....kau jua manja sehingga ku mengambil kesempatan terhadap sifatmu itu..namun aku menuduhmu sebagai perempuan yang tidak pandai menjaga diri....

“ sue sihat?” tanyaku...aku malu sendiri..selama ini tidak pernah aku bertanya mengenai kesihatanmu...

“ sue sihat..abang sihat? Soalnya pula padaku...aku mengangguk seraya tersenyum...ku lihat wajahnya yang muram itu

“ abang rindukan sue? Ujarku mengungkapkan yang terbuku di hati....

“ye ke....abang takde kelas ke ni?” ermmm soalnya lagi..aku yakin sue benar-benar terluka...dia tidak pernah tidak membalas kata-kata rinduku

“ ade tapi pagi tadi jerk..sue...” panggilku...aku hanya melihat dia yang hanya menunduk...tidak tersenyum seperti selalu..sudah hilang seri wajahnya yang memaparkan wajah ceria...yea aku yakin kerana aku sue tidak lagi seperti dulu...setelah dia tahu aku hanya mempermainkannya.

“ abang minta maaf....” ujarku lagi...aku mencapai jemarinya...lalu mengengamnya...sue hanya membiarkan tidak seperti selalu dia akan membalas genggamanku...

“ abang tak keluar dengan makwe abang ke? Soalnya tiba-tiba....wajahnya tenang...tidak mengambarkan apa-apa reaksi..

“tak?” balasku..dia hanya mengangguk lalu mengalihkan pandangan matanya sekali lagi....dia tidak pernah seperti ini....aku yakin sue benar-benar terluka....dia tidak lagi tersenyum dan dapat menyembunyikan perasaan hatinya....

“ sue abang rindukan sue....please say something..jangan macam ni...abang tau abang yang bersalah...” aku mengelus rambutnya perlahan...rambutnya yang ditiup angin itu aku alihkan dari menutupi wajahnya...

“ sue minta maaf..sue tak cantik nak buat abang sayang....sua tak cantik nak buat abang rindu....” ujarnya perlahan..ku lihat setitik airmatanya gugur.....terhiris hatiku mendengarkan kata-katanya..ye sue tak cantik tapi sue ada hati yang baik....abang nampak semua tuh...namun kata-kata itu hanya bergema di dalam hati...

“ sue tak minta apa-apa dari abang....sue cuma mahu abang bahagia....sua tak kisah abang pilih dia...dia lebih segala-galanya dari sue....sue sedar diri....”dia menunduk..airmata mengalir laju dipipinya....

“ sua..aa..abang...” tidak tahu apa lagi yang boleh kukatakan saat itu..tidak sangup aku melihat wajahnya kala itu..kejamnya aku melukai hatinya...tidak habis-habis kelukaan aku berikan pada dia..

“sue dah biasa kecewa....sue tak marahkan abang kerana abang lupakan janji-janji abang pada sue sewaktu kali pertama kita bertemu sebab sue tahu abang takkan mengotakannya namun sue tetap bersama abang..kerana sue sayangkan abang..dan sue percaya abang sayangkan sue walaupun sue tahu.... tak mungkin abang akan pilih sue menjadi suri hati abang, jadi sue berjanji pada diri sue sendiri..sue akan sentiasa bersama abang sehingga abang yang buang sue jauh-jauh suatu hari nanti dan masanya dah tiba iaitu sekarang....hati sue hancur lihat abang bersama dia...dan sue tak dapat tipu diri sue yang sue benar-benar kecewa tapi seperti sue cakap sue sedar diri sue..sue tak salahkan abang.itu pilihan abang....biarlah sue yang pergi dari hidup abang...”ujarnya perlahan menahan esak tangis..selama bersamanya inilah kali pertama dia menangis dihadapanku dan aku yakin itu semua kerana kesedihan yang tidak tertanggung lagi..aku ingin memeluknya melindungi dirinya dari kesedihan ini...

“ jangan peluk sue lagi...” ujarnya..aku hampir menitiskan airmata lelaki ku .... .aku merenungnya tepat....mengharapkannya mengerti perasaanku kala ini.....aku tidak mahu kehilangannnya..dia terlalu sempurna sebagai seorang suri dalam hatiku...aku yang buta selama ini menilai kecantikan wanita dari sudut luaran sehingga aku tidak nampak hatinya yang benar-benar ingin bersamaku selama ini...

“ sue sayangkan abang...terima kasih beri sue kasih dan sayang abang...sue dah jalankan tangungjawab sue mencintai abang dan kini tangungjawab sue dah berakhir, abang ada orang lain yang lebih layak untuk mengantikan tempat sue, sue redha....berikanlah peluang untuk sue mulakan hidup baru...berikanlah ruang untuk sue belajar mencintai lelaki lain seperti mana sue pernah menyayangi abang..”ujarnya.. hatinya keras...aku terkelu....

“ sue aaabaang.....”tidak mampu aku berkata apa-apa lagi...sue menuturkan sebuah hakikat yang perlu aku terima..aku memang ade orang lain yang lebih baik dari dirinya tapi mengapa aku masih mahu sue bersamaku...arghhh semuanya kerana nafsu..kejamnya aku terlalu mementingkan diri sendiri...

“tidak..tidak..aku tidak mahu sue pergi....”

“tidak ada tapinya lagi untuk bahasa tidak abng.....jangan diarayu lagi peluang yang tidak ada..abangg telah lama mempersiakan hati sue..abang ambil mudah kasih sayang ssue..abang biarkan sue merasakan kehilangan abang hari demi hari..cukuplah kalu abang tahu sue tidak pernah membenci abang atas semua perbuatan abang....rajuk ini panjang takkn terdaya lagi abang memujuknya sampai tapi bila-bilapun kasih syang sue tetap ade untuk abng...Maafkan sue abang....sue dah belajar untuk melupai abang... hidup tanpa abang...dan sue sedar hati abang bukan untuk sue......abang tidak pernah ada untuk sue....dulu sue fikir abang sibuk dengan kehidupan abang belajar tapi rupanya abang ada perempuan lain..hati sue menjerit kesakitan abang...hanya tuhan sahaja yang tahu....dan sue lalui segalanya sendirian......cinta sue ada harga abang...walau murah tapi sue tak pernah menyusahkan abang.......sue dah memberikan seluruh cinta sue untuk abang dan cinta sue memang untuk abang... Cuma sue perlu mencari semangat sue semula.....sue doakan abang bahagia jugak..diri sue jangan abang risaukan....insyaAllah semoga sue akan dapat bertemu abang semula apabila kesakitan di hati sue sudah hilang.,,,sue doakan kejayaan dan kegembiraan hidup abang dari jauh..”
Ujarnya lalu mencapai tanganku...dia mengucup lembut tanganku seraya itu terasa setitik airmatanya gugur di tanganku “ walau sue sudah tiada dalam hidup abang,sue harap abang takkan melupai pertemuan pertama kita.....ia terlalu indah untuk sue....”lalu dia berlalu pergi meninggalkan aku..itulah kali terakhir aku melihatmu...kau benar-benar meninggalkan aku....maafkanlah segala kesilapanku terhadapku.......... Kini barulah aku sedar..selama ini tiada satupun perangaimu yang pernah aku rungutkan..kau terbaik untukku namun sayang aku tidak menghargai semua itu...segala yang kau lakukan tidak pernah kurang..aku yang banyak kekurangan sehingga ku yang tidak layak untuk bersamamu....lelaki-lelaki sebelum ini datang mencarimu semula kerane mereka sepertiku telah sedar yang dirimu bukan pasir yang bertimbun tapi adalah mutiara di dasar lautan..1 antara berjuta dan bertuah sesiapa yang memilikimu.....Sayang..aku terlambat..........

Sunday, 2 September 2012

BOSAN!!!!!!!

Adakalanya kita happy dengan hidup kita, dan adakalanya kita bosan dengan hari2 yang kita lalui, Hari yang paling bosan ialah hari cuti hahaha, tak thu la betul ke tak, sebab bagi owner blog ni hari yang paling bosan ialah hari cuti sebab owner tak thu nk buat apa, hari ni pun cuti so owner blog ni bosang gila, tak tahu nak buat apa nk update blog pun tak ada mood, than kita tidur ja sehari ini


assalamualaikum...........

Friday, 10 August 2012

Misteri Potret Mona Lisa

SEBUAH potret lama berusia lebih 500 tahun yang digantung pada satu sudut dinding Muzium Louvre di kota Paris, Perancis terus mencetuskan misteri yang membingungkan ramai pihak sehingga kini.

Lukisan potret berasaskan cat minyak itu menggambarkan seorang gadis yang tidak dinafikan kecantikannya. Dia kelihatan menghadap ke arah pelukis dengan kedua-dua pergelangan tangannya dirapatkan antara satu sama lain.

Lalu dengan kedudukan begitu, Leonardo Da Vinci terus menggerakkan peralatan melukisnya dengan warna tertentu di atas kepingan papan mengikut corak dan pemandangan di hadapan matanya, sekitar 1503. Pelukis itu mengambil masa lama untuk menyiapkan lukisan itu sebaliknya ketelitian dan pelbagai penekanan dalam proses menghasilkan kerja seni itu menyebabkan potret bergelar Mona Lisa itu siap empat tahun kemudian.

Kini, selepas lebih 500 tahun, potret agung bersaiz 53 sentimeter lebar dan 77 sentimeter panjang itu digantung di sebalik cermin yang dilengkapi pengawasan ketat di sebuah galeri khas muzium terbabit. Sebelum dipindahkan ke galeri khas itu pada April 2005, jutaan peminat dari seluruh dunia mengunjungi Muzium Louvre semata-mata ingin melihat potret yang penuh dengan misteri dan enigma itu.

Selain kekaguman melihatkan hasil seni yang memukau, tanda tanya dan kebingungan pasti menerjah ke benak minda kebanyakan pihak yang memerhati dengan teliti riak wajah pada potret itu. Senyuman gadis itu aneh sekali, jarang sekali manusia memiliki senyuman misteri Mona Lisa. Bentuk senyuman itu tampak berbeza jika dilihat dari sudut berlainan. Ketaksuban terhadap senyuman itu menyebabkan ia menjadi igauan penyelidik, ahli psikologi dan pengkaji seni dalam usaha menafsirkan makna di sebalik senyuman itu.

Sekecil-kecil sudut dalam lukisan berkenaan diteliti bagi membongkar rahsia yang menyelubungi wanita itu malah satu program komputer direka khas untuk mengetahui perasaan model terbabit ketika dia menyimpulkan senyuman seunik itu.

Program komputer dibangunkan Universiti Illinois dan Universiti Amsterdam itu membandingkan apa yang diimbas dengan pangkalan data berbagai ekspresi wajah manusia. Ia mengukur bentuk seperti lingkungan bibir dan kerutan sekitar mata untuk menghasilkan kesimpulan. Hasilnya, program mengenal emosi itu menyatakan bahawa wanita dalam lukisan Da Vinci itu berada dalam kondisi bahagia dengan peratusannya ialah 83 peratus gembira, sembilan peratus jijik, enam peratus takut dan dua peratus marah. Pada 2003 ilmuwan dari Universiti Harvard mengatakan, cara mata pemerhati memproses maklumat visual membuatkan senyuman Mona Lisa hanya tampak unik ketika seseorang memandang bahagian lain dalam lukisan itu.

Baru-baru ini pula, sekumpulan penyelidik Kanada cuba membongkar misteri dengan mengandaikan bahawa senyuman Mona Lisa itu sebagai tanda kegembiraan wanita berkenaan yang baru saja melahirkan anak keduanya. Andaian itu berdasarkan penemuan kumpulan pengkaji itu yang mengamati bahagian lukisan berkenaan menggunakan cahaya inframerah dan teknik tiga dimensi. Dengan teknik itu, mereka dapat melihat goresan cat lapisan demi lapisan dihasilkan Da Vinci selain menjumpai bahagian yang tidak dapat dilihat mata kasar, sebelum itu.

"Dari pengamatan yang sangat mendalam terhadap lukisan itu, jelas terlihat bahawa baju dipakai Mona Lisa dilapisi kain kasa lutsinar," kata Bruno Mottin dari Pusat Penelitian dan Restorasi Muzium Perancis. Kain jenis ini banyak dipakai wanita Itali yang sedang mengandung atau baru saja melahirkan anak pada abad ke-16.

Sebelum itu, bahagian berkenaan jarang diamati kerana dianggap terlalu gelap sehingga sukar dilihat mata kasar. Namun, dengan teknik tiga dimensi itu, dapat dipastikan model Da Vinci itu sedang memakai pakaian berkenaan selepas melahirkan putera kedua.

44697.jpg

Selain senyuman unik, satu lagi keistimewaan gaya lukisan Da Vinci menerusi potret berkenaan menyebabkan bebola mata Mona Lisa akan sentiasa memandang ke arah pengunjung tidak kira dari arah mana mereka memerhatikan lukisan itu. Akan tetapi, antara misteri paling utama dalam potret Mona Lisa untuk mengenalpasti siapa wanita itu sebenarnya.

Teori mengatakan wanita itu gembira kerana baru melahirkan anak kedua mengaitkan bahawa model Mona Lisa sebenarnya ialah Lisa Ghererdini, isteri seorang pedagang bernama Francesco de Giocondo. Nama Mona Lisa yang digunakan bermaksud Madam Lisa.

Bagaimanapun, terdapat wanita lain yang dikaitkan sebagai Mona Lisa; selain Lisa Ghererdini, wanita yang turut dikaitkan sebagai model Mona Lisa ialah Isabella of Aragon, Caterina Sforza dan Constanza d'Avalos. Seorang penulis, Serge Bramly, pula mengemukakan teori bahawa model kepada lukisan Mona Lisa adalah ibu kepada Da Vinci dikenali sebagai Caterina.

Terdapat juga pengkaji seni yang mengandaikan bahawa wajah Mona Lisa dilukis Leonardo tanpa merujuk kepada mana-mana model sebaliknya ia berdasarkan imaginasi pelukis itu yang banyak menghabiskan masa mengkaji teknik melukis wajah seseorang.

Bagaimanapun, teori yang paling mengejutkan dikemukakan Dr Lillian Schwartz dari Bell Labs yang menyatakan bahawa Mona Lisa sebenarnya wajah Leonardo sendiri dalam versi wanita. Teori itu diperoleh apabila Schwartz menggabungkan wajah Leonardo dan wajah Mona Lisa dan hasilnya, didapati bentuk kedua-dua wajah itu adalah selari!

FAKTA: Potret Mona Lisa

Lukisan itu menjadi popular selepas dicuri dari Muzium Louvre pada 21 Ogos 1911. Selepas kecoh mengenai kehilangan itu, seorang pekerja muzium terbabit iaitu Vincenzo Peruggia akhirnya didapati bersalah. Lukisan itu dijumpai dan dikembalikan ke Muzium Louvre dua tahun kemudian.

Populariti potret Mona Lisa menyebabkan ia dijadikan lagu berlainan lebih 10 kali, diinspirasi sebagai filem atau babak filem dan pelbagai sastera serta seni kreatif lain. Judul Mona Lisa diberikan kepada potret itu 31 tahun selepas kematian Leonardo. Selain Mona Lisa, judul lain adalah Giocanda.

Keistimewaan Mona Lisa adalah matanya akan sentiasa memandang ke arah pemerhati tidak kira dari arah mana anda memerhatikannya. Senyumannya juga kelihatan berbeza dari setiap sudut pandangan berbeza.

Terdapat pertikaian bahawa Mona Lisa membiarkan rambutnya terurai hingga ke bahu seperti terlihat dalam lukisan bagaimanapun ia disanggah dengan kenyataan corak seakan rambut itu sebenarnya kain pelindung kepala dan hanya beberapa helai rambut kelihatan. Perbuatan membiarkan rambut bebas terurai di zaman Renaissance adalah ciri wanita muda yang tidak memiliki sopan santun.

Selepas 500 tahun, keadaan meterial lukisan Mona Lisa yang melewati masa lama semakin membimbangkan.

Monday, 6 August 2012


Ramadhan menjelma lagi. Apa yang terbayang di kotak fikiran kita tidak lain dan tidak bukan ialah kemeriahan pasar atau bazar Ramadhan. Ia seakan-akan pesta menjual makanan. Begitu meriah dengan pelbagai jenis kuih-muih, lauk-pauk serta minuman yang disediakan khusus buat juadah berbuka. Setelah seharian berpuasa, pastinya pelbagai juadah akan dibeli apabila berkunjung ke pasar atau bazar Ramadhan ini. Pada masa ini, apa saja yang teringin pasti akan dibeli tanpa memikirkan adakah kita mampu untuk makan kesemua makanan tersebut. Apa yang paling penting, rata-rata antara kita mula mengetepikan amalan makan secara sihat semata-mata kerana berpuasa.

Kenapa perlu makan secara sihat pada bulan Ramadhan ?

Makan secara sihat perlu dijadikan amalan setiap masa. Ini lebih-lebih lagi semasa menjalani ibadah puasa. Ini adalah penting untuk mengelak beberapa masalah kesihatan seperti sembelit, makanan tidak hadam, kembung perut, kandungan gula rendah dalam darah dan sebagainya. Sekiranya masalah ini berlaku pastinya ia boleh mengganggu seseorang itu berpuasa dengan selesa dan menghayati fadhilat di bulan Ramadhan.


Amalan pemakanan sihat di bulan Ramadhan
Kunci kepada amalan makan secara sihat iaitu makan pelbagai jenis makanan secara sederhana dan seimbang perlu diamalkan walaupun di bulan puasa. Kita mesti mengambil makanan dari semua kumpulan makanan berdasarkan kepada Piramid Makanan Malaysia iaitu nasi, roti, bijirin dan hasil bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran, ikan, ayam, daging dan kekacang, susu dan produk tenusu serta sedikit minyak, lemak, gula dan garam. Selain daripada itu, kita juga perlu mengambil air yang mencukupi sama ada dalam bentuk minuman ataupun sup.



Berbuka puasa

Kebanyakan daripada kita suka mengambil kuih-muih manis sebagai juadah untuk berbuka puasa. Apa yang paling penting ialah untuk tidak makan secara berlebihan dan adalah digalakkan mengambil makanan yang ringkas terlebih dahulu sebaik sahaja berbuka puasa. Ini untuk mengelakkan ketidakselesaan kepada sistem penghadaman kita.


Mengikut Sunnah, adalah lebih baik mengambil kurma sebagai makanan pertama untuk berbuka puasa. Kurma kaya dengan tenaga serta serat. Contoh makanan berbuka puasa yang baik adalah seperti berikut:

Berbuka
3 biji buah kurma, ½ cawan jus buah-buahan, 1 cawan sup sayur atau ½ cawan bubur lambuk dan 1 keping kuih.


Makan malam 
1½ cawan nasi, 1 ketul ikan atau ayam, 1 cawan sayur campur dan 1 biji buah.

Makan lewat malam (moreh)
Snek ringkas seperti roti, biskut, sandwic, kuih-muih, kacang atau buah-buahan.

Pengambilan makanan yang pedas serta berempah pula tidak digalakkan semasa berbuka. Ini dikhuatiri menimbulkan ketidakselesaan kepada perut anda di siang hari.


Sahur
Amalan bersahur adalah penting semasa berpuasa untuk membekalkan tenaga sepanjang waktu berpuasa di siang hari. Sebaik-baiknya, waktu bersahur adalah sekurang-kurangnya setengah jam sebelum waktu imsak. Bersahur awal atau sahur sebelum tidur adalah tidak digalakkan.

Semasa bersahur, adalah digalakkan mengambil makanan yang berasaskan karbohidrat kompleks seperti nasi, roti atau oat. Pengambilan makanan yang tinggi serat seperti roti tinggi serat atau roti mil penuh serta oat pula dapat mengurangkan rasa lapar. Jangan lupa mengambil buah-buahan dan air yang mencukupi sewaktu bersahur. Walau bagaimanapun, pengambilan minuman berkafein seperti teh atau kopi tidak digalakkan kerana ianya boleh mengakibatkan kehilangan air dalam badan.

Contoh makanan untuk sahur yang boleh diambil adalah seperti berikut:

Sahur 
1½ cawan nasi, 1 ekor ikan goreng, ½ cawan sup sayur campur dan tauhu, 1 biji pisang atau 3 biji kurma, 1 gelas air kosong dan 1 gelas susu rendah lemak

Atau
1 cawan bijirin sarapan dengan ½ gelas susu rendah lemak dan kismis/hirisan pisang, 2 keping roti mil penuh dengan sedikit jem, 1 gelas jus oren dan 1 gelas air kosong
Ramadhan merupakan satu peluang untuk menurunkan berat badan bagi mereka yang bermasalah. Apa yang penting ialah amalkan pengambilan makanan yang sederhana dan seimbang serta mengurangkan makanan yang tinggi lemak dan tinggi gula. Beri perhatian juga pada saiz hidangan kerana biasanya apabila lapar, kita lebih cenderung mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak. Jangan jadikan puasa sebagai alasan untuk anda tidak aktif. Lakukan aktiviti fizikal secara sederhana seperti regangan dan berjalan kaki. Pengambilan makanan secara sihat bukan sahaja dapat mengurangkan berat badan malah membolehkan kita menjalani ibadah puasa dengan sempurna.

Friday, 22 June 2012

Selamat Semuanya....

SELAMAT SEMUANYA......

SELAMAT JUGAK SEMUANYA SELEPAS PEMERGIANNYA KEPADA ALAM BAZAH, AKU DENGAN SEMUA YANG LAIN TELAH MENGHADIRI UNTUK MENYEMPURNAKAN MAJLIS KEBUMIAN DIA KEPADA SEMUA YANG TAK HADIS EZHAM TELAH SELAMAT DISEMADIKAN, SEMUA YANG RAPAT DENGAN DIA DAPAT MERASAKAN YANG DIA MEMANG ADA DENGAN KITA, KAMI DAPAT RASAKAN YANG DIA ADA DENGAN KAMI KETIKA MULA MAJLIS HINGGA KE AKHIR, KAWAN AKU DAPAT RASA YANG DIA ADA DEKAT SEBELAH, KEMUDIAN DIA GTAU AKU TAK LAMA LEPAS TU KAWAN AKU ARIP AKU TENGOK DIA MACAM DUDUK DENGAN EZHAM, DIA TRAUMA LAGI SEBAB SI ARWAH KEMALANGAN DENGAN DIA DAN ONI SORANG LAGI MEMBER AKU YANG ARWAH MENIGGAL ATAS PAHA DIA KAMI YANG LAIN YANG TAK SENTUH KERANDA DIA TANGAN KAMI SEMUA BERBAU WANGI AKU NAK CERITA SAMPAI HABIS PUN AKU TAK BERAPA NAK INGAT SORRY SEMUA

Thursday, 21 June 2012

Sahabat Selamanya

Sahabat Selamanya 

memang aku dengan dia tak pernah mesra tapi aku pun dapat rasa yang suma member aku rasa, pemergian dia telah tertulis jadi kita yang masih hidup di dunia ini hendaklah mengambil semua itu sebagai pengajaran, sabar semua kawan-kawan aku, petang tadi sahabat sekolah aku telah meninggal atas sebab kemalangan di hadapan AIMS, Semeling, Kedah ramai yang tak dapat nak terima pemergian dia, jangan rasa sedih dengan semua yang berlaku, jenazah arwah telah selamat di bawa ke hospital, pada mlm td aku dengan sahabat aku pergi rumah dia sementara menunggu jenazah beliau di bawa pulang kami sempat bercerita apa yang telah berlaku dan teringt balik perbuatan arwah kepada kami semua buat kali terakhir, kini hanya tinggal kenangan sahabat ku 

Muhd Ezham Bin Ellias


Monday, 18 June 2012

dah jumpa dah

Hari ini aku telah jmpa peganti bg yana, aku mula2 tak ley lupa kn yana oleh sebab kn seorang ni aku boleh lupa kn yana mcm mna dia buat bg aku lupa kt yana aku pun tak tau huhuhu yang pasti dia mmg btl special bg aku tak mcm yang lain, walaupun perangai dia mcm budak2 aku still bleh tahan dengan dia, for your information aku knal dia dah lbh 11 thn jngan terkejut kalokorang tngok mmg tak caya kn dari kawan trus ke partner, aku dengan dia knal mmg sebelas thn tapi tak pena cakap, tak pena melawak than yang aku ingt dia gtau aku yang dia mula tegur aku time percubaan pmr time tua yang aku dengan dia melawak than dia ada gtau aku yang dia bru tau mcm mna bila joke ngan aku, aku mmh nyakat orang hbs2 la kalo pompuan mmg aku boh padu2 punyakadang2 ada yang sampai marah ngan aku tapi aku dah biasa dah pompuan ni mula2 mmg mcm ni mula2 marah than nnt rindu kita baru nk mai cari, sambung blik cerita aku dengan cik epa aku ni, aku pun tak caya mcm mna aku boleh kawan dengan da huhuhu mcm mna la kalo ada yang boleh gtau aku please tell me. Tak silap aku aku melawak je ngan dia aku tnya dia ‘woi epa la ni ang couple ngan cpa’.
 Dia kta ‘mna ada aku tak pena couple la still single’.
Aku ‘ takkn kow kalo mcm tue aku nk msuk Q bleh’.
Epa ‘meh la aku tak kisah ‘.
Aku tau dia joke je ngan aku cmpai la mlm ni 24.12.2011. aku mula2 ingt nk joke jgak ngan dia than aku tengok dia mcm seriuos ngan aku aku pun serious gak tengok2 lekt la cik epa ni kt aku . aku dengan dia mmg terbaik la aku harap aku ngan dia bukn mcm aku ngan pompuan yang lain aku nk jga dia btl2 aku tak nk ilang dia dah, I will spentime with you any time, tak kisah la jauh mna pun ada jgak epul call or else. Ye syg sambung esok plak cita ni thank for reading.

Saya Lihat Tangisan Ibu

IKUT EMOSI...remaja ditahan selepas membatalkan niatnya terjun bangunan.
IKUT EMOSI...remaja ditahan selepas membatalkan niatnya terjun bangunan.
KUCHING: Seorang remaja lelaki membatalkan niat terjun dari tingkat tiga bangunan empat tingkat selepas melihat kelibat ibu dan bapanya yang menangis selain merayu dia tidak meneruskan tindakan berkenaan di Chong Ling Park, Jalan Tabuan, di sini, kelmarin.
Difahamkan, kejadian jam 8 malam berlaku apabila remaja berusia 18 tahun yang bekerja di rumah urut berdekatan mengambil tindakan nekad itu selepas berdepan tekanan perasaan akibat masalah keluarga.

Menurut sumber, perbuatan remaja terbabit dilihat orang ramai sebelum menghubungi polis.
“Remaja terbabit menyewa di bilik di bangunan berkenaan, duduk di tepi tingkap, seolah-olah mahu terjun.

“Sebaik menerima panggilan kecemasan, polis mendapatkan bantuan bomba dan penyelamat bagi memujuk remaja berkenaan.

“Apabila semua usaha buntu, polis terpaksa menghubungi keluarga remaja itu sebelum ibu dan bapa lelaki itu tiba beberapa minit kemudian,” katanya.
Katanya, dalam keadaan menangis, pasangan suami isteri itu kemudian kemudian bergegas ke tingkat tiga bagi memujuk anak mereka itu supaya tidak meneruskan perbuatan itu.

“Usaha dan pujukan pasangan itu membuahkan hasil apabila remaja terbabit membatalkan niat sambil meluru memeluk kedua ibu dan bapanya,” katanya.
Beliau berkata, remaja terbabit dibawa ke Balai Polis Simpang Tiga untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Remaja Mangsa Buli Bunuh Diri

MANCHESTER: Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun membunuh diri setelah menjadi mangsa pembuli, dakwa kawan-kawannya, semalam.
Jade Stringer dari Bury, Greater Manchester, mati Sabtu lalu, enam hari selepas ditemui tidak sedarkan diri di dalam bilik oleh bapanya, David. 
Walaupun cuba untuk dipulihkan, gadis itu tidak langsung sedarkan diri.

Dia dihantar ke Hospital Besar Fairfield pada 10 Jun lalu di mana dia meninggal dunia selepas satu minggu menggunakan bantuan mesin pernafasan.

Rakan remaja itu yang bersekolah di Sekolah Tinggi Haslingden dekat Rossendale, Lancs, mendakwa dia dibuli.

Penghormatan yang diletak di Twitter dan Facebook berkata, dia adalah mangsa buli.

Seorang pelajar menulis, “Dia dibuli oleh beberapa orang.”

Chelsea Lazaruik berkata, “Semoga tenang Jade Stringer. Anda tidak sepatutnya mati seperti ini, membuli memang teruk tetapi anda tetap cantik di setiap sisi. Tidur dengan tenang xxx”

Vanessa Nuttall berkata, “Kenapa orang suka membuli seseorang itu sedangkan ia perbuatan sangat teruk.”

Ada juga laporan mengatakan dia bertengkar dengan bapanya selepas telefon bimbitnya diambil darinya.

Polis berkata, mereka tidak menyiasat kematiannya sebagai mencurigakan dan sedang “mengkaji keadaan” yang menyebabkan insiden itu.

Jurucakap Polis Greater Manchester berkata,” Tidak lama selepas 3.35 petang pada Ahad 10 Jun, polis dipanggil oleh paramedik untuk datang ke rumah di Jalan Bolton di Hawkshaw Edenfield, selepas seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dilaporkan dijumpai tidak sedarkan diri.

“Kematian ini tidak dianggap sebagai mencurigakan dan kami tidak akan mencari sesiapa yang mempunyai kaitan dengan kejadian itu.

“Tetapi, polis mengkaji keadaan yang menyebabkan kejadian ini berlaku.” -DM

Penagih Juntai anak

LELAKI yang khayal dadah menyokong anaknya dengan sebelah kaki bagi elak daripada jatuh.
LELAKI yang khayal dadah menyokong anaknya dengan sebelah kaki bagi elak daripada jatuh.
BEIJING: Seorang lelaki semalam, menjuntaikan anak perempuannya berusia tiga tahun di tingkap tingkat enam di blok apartmen mereka, selepas bertengkar dengan isterinya.
Lelaki itu membuka tingkap rumah pangsa yang baru diduduki dan duduk di birai dengan hanya memegang pergelangan tangan budak kecil itu.
Kanak-kanak kecil itu dapat dilihat cuba memeluk lutut bapanya dan menjerit ketakutan.

Saksi berkata, sesekali dia menyokong tubuh anaknya dengan kakinya tetapi dia lebih banyak memegang dengan sebelah tangan saja.

Ibu kanak-kanak itu boleh didengar menjerit dari dalam rumah dan merayunya membawa kanak-kanak itu kembali ke dalam.

Jiran menelefon perkhidmatan kecemasan yang meletakkan tilam angin di bawah sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya kanak-kanak itu terjatuh.

Anggota polis menyerbu flat itu dan mula berunding dengan lelaki berkenaan.

Selepas dia enggan membawa masuk kanak-kanak perempuan itu ke dalam, mereka terus menerpa ke arah lelaki itu dan menarik kanak-kanak perempuan itu ke tempat selamat.

Kanak-kanak itu dipercayai tidak cedera selepas kejadian itu.

Polis menahan lelaki itu yang dikatakan bertengkar dengan ibu kanak-kanak itu dan khayal kerana mengambil dadah. - DM

Monday, 12 March 2012

Nak pekena dia tapi tak menjadi

Hari ini aku happy sangat sebab aku dapat jumpa dia, mungkin sekejap tapi aku rasa happy sangat bukan nak kata aku ni jenis yang suka yang dipaksa buat apa yang orang lain tak suka, bila g jmpa dia aku ngan kawan aku mizan kami dah pakat nk pekena dia time jmpa, aku beli Caberry Black Forest than bawak nk g tunjuk dkt dia hahaha, ingt nk pekrna dia. Tapi apa yang di rancang tak jadi sebab dia dah ada dah aduh ingt nk pekena dia tapi takk pa la nk buat mcm mna da bukan hari aku nk pekena dia huhuhu sian aku hahaha, aku story dkt dia apa yang berlaku kelmarin dia gelak hahaha, selama aku partner ngan orang lain tak pena aku jd mcm ni tp knapa dengan dia aku jadi mcm tak tentu arah mcm kelmarin aku jadi gila sat buat sementara hahah tapi tak pa story mcm tue aku mmg tak ley nk lupa hahaha, mmg aku kna ingt sampai bila2 la huhuhu, ini sahaja lah yang aku dapat story pasa dia dengan aku

Lagu ni best

Kalau korang suma boring dengan lagu yg hari2 korang dengar cuba dengar lagu ni dia mcm ada power nk buat kita ada semangat

Rahsia Wanita Tanah, Api, Angin dan Air

WANITA TANAH 
Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak Taurus (21 April-20Mei), Virgo (24Ogos-23 September) dan Capricon (22 Disember-20 Januari) 

Seorang yang boleh dijangka,berwibawa dan praktikal penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa


WANITA API 
Wanita api dilahirkan di bawah zodiak Aries (21 Mac-20 April), Leo (24 Julai-23 Ogos) dan sagittarius (23 November-21 Disember).

Dilahirkan sebagai pemimpin Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya. Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi merasa sedih dan terhiris. Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar. Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan. Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan


WANITA ANGIN 
Mereka ini lahir di bawah lambang Gemini (22 Mei-21 Jun), Libra (24 September-23 Oktober) dan Aquarius (21 Januari-19 Februari).

Berterus terang,berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan. Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif,bagi mereka segalanya boleh dicapai. Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh. Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik. Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi. Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka. Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja


WANITA AIR 
Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak Cancer (22 Jun-23 Julai), Scorpio (24 Oktober-22 November) dan Pisces (20 Februari-20 Mac).

Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju .Mereka ini dipandu oleh perasaan hati .Mempunyai sifat mudah bersimpati. Berdaya imaginatif sentimental Mempunyai perasaan yang berubah-ubah,berhati-hati ,tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri

Tengok Jangan Tak tengok

Angau Sorang2

Cuti, aku rasa macam cuti ni jadi halangan aku dengan dia tapi nak buat macam mana kena terima dengan seadanya, bila berjauhan rasa rindu tue makin bertambah. Mak aku kata kalau berjauhan taka pa sebab rindu makin bertambah dan saying makin dekat huhuhu, mak aku selalu bagi aku semangat ila aku jd bler je hahaha.., kelmarin dia call aku dalam pkl 12 lebih, yang aku tak sangka bila dia letak tel aku cakap sorang2 pkl 1.30 dia letak phone aku dok cakap sorang cmpai pkl 2 than aku kta ‘knapa tak cakap’ aku dok ulang bnda yg sama than aku check dia dah letak aku tengok jap da 2.15 than aku check blik ending call dia pkl bpa, ending pkl 1.30 tp aku dok cakap sorang2 cmpai pkl 2.15 hahaha. Nasib baik la mak aku mai tegur aku time aku tengah cakap sorang than aku cover plak mcm ni ‘ ni jap g epul call lain k ibu dtng la’ hahaha padahal taka da orng cakap pun, aduhhh knapa la aku jd mcm tue mlm tadi hahaha 

Macam Ni

mintak maaf mcm ni sure style dan yg pasti orng tue akan maafkn kita wish u luck

Sunday, 11 March 2012

Memang Kena Macam Tu

Hari ini aku pun tak tahu macam mna aku boleh paksa dia datang jumpa aku, hahaha, aku memang suka kaco dia knapa aku pun tak tahu than bila jumpa dia aku jd mcm tak tentu arah ja aku nk nyakat dia, kadang2 aku buat sampai dia dendam dengan aku, dah memang jenis mcm tue aku suka kacau dia. Tadi time ak pergi jumpa dia aku ingat dia pergi dengan adk dia dah mmg mcm tu dia kna ajak adk dia kalo nk jumpa aku, tapi aku ada perasan dia ada bawak seorang budak nama dia haziq umur bpa aku pun tak pasan, dah memang hobi aku bila aku jumpa budak aku suka kacau budak, kadang2 tu sampai nangis pun ada yang paling teruk aku pernah kaco budak yang mai tempat aku keja umur dia baru 4 bulan aku usya dia sampai dia demam hahaha apa nk jd la dengan aku ni suka kaco budak, hahaha ok. Mcm mna tah tiba2 ja aku dia bg budak tu kt aku than bila dia nk amek balik huhuhu sian budak tue tak nk aku tngok muka dia yg bebai tue huhuhu campur dengan muka yang marah sebab aku da rampas apa yang dia miliki. Aku layan p la budak tue hahaha mcm mna aku boleh lekat dengan buda2 aku pun tak tau ingat nk dia je than bila aku kaco dia boleh senyum kt aku blik aduhhh!!!!! Kira dia ja la yg bani usya aku mcm tue huhuhu……….

Saturday, 7 January 2012

Rasa Diri Aku Terhina

Hari ini aku rasa mcm tak ada apa2 dah dalam hidup mcm dah kosong, aku thu aku jahat dan aku buas tapi kenapa semua orang suka tuduh aku mcm2, aku tahu aku jnis budak yang suka bergaul dengan org dewasa dan yg umur lbih tua dari aku, bila aku start bergaul dengan orang yg lbih tua dari aku, aku selalu dengan orang kata yg aku ni satu kepala, dengan mereka semua knapa tak tnya dengan aku knapa aku suka bergaul dengan mereka. Ok ini jawapan aku mula2 aku suka bergaul dengan mereka kerana mereka lbih arif dengan dunia masa sekarang dan mereka juga tahu mcm mna hidup bila tak ada wang, mmg btl ada sesetengah orang kta, ‘weyh epul ang tak yh la join depan mai la join kami lg best boleh buat apa sahaja,’ yg mmg aku nk join korang tapi disebab kan korang suma bila senang hilang dari pandangan aku, bila susah baru nk mai cari aku, contoh mcm aku kata bila korang tak ada duit meh cari aky nk pnjm kta nnt nk byr, bila korang ada duit hilang suma, aku nk mnx tolong pun tak boleh. Pengelaman aku aku pernah kawan dengan orang yg biasa msuk penjara, ambil dadah, mencuri dan ada jugak member aku yg terlibat dalam kes pembunuhan, msty korang kta aku ni sure ikut mereka. Korang silap ni jawapan aku. Aku kawan dengan mereka kerana aku nk tahu knapa mereka melakukan perkara tersebut, macam mna mereka boleh terlibat dan pengalaman mereka dalam penjara,
First jawapan mereka, knapa mereka boleh jd mcm ni kerana kawan, kawan yang selalu buat mereka terikut dengan perangai mereka contoh bila pergi mna2 sahaja msty ada kawan bila kawan tinggal kn mereka dengan mcm tu sahaja mereka mula merasa ‘ kawan dengan budak baik buat apa bila senag mai cari, bila susah hilang semua,’ itu jawapan pertama
Kedua kerana family, kadang2 ada sesetengah orang tidak suka di kongkong tambahan pulak dengan masalah keluarga yang sedang dihadapi oleh mereka,
Hari in juga aku dengar nasihat dari seorang kakak dan abg di tempat aku kerja aku sudah mengangap mereka sebagai salah satu dari family aku, mungkin btl apa yang mereka beritahu kepada aku, kerana mereka tak nk aku terlibat dalam masalah itu,
Untuk pengatuhan semua aku tak pernah terlibat dalam masalah apa2 kalau korang nk mengata aku come face 2 face with me 

Monday, 2 January 2012

Osbon Muncul Juara Maharaja Lawak Mega

Osbon Muncul Juara Maharaja Lawak Mega