Followers
Nak Baca Yang Mna Ni??
- Aku Dan Dia (4)
- Berita (4)
- Kehidupan Manusia (2)
- My Self (3)
- Sahabat (2)
- Salam Perkenalan (1)
- Video (3)
Friday, 22 June 2012
Thursday, 21 June 2012
Sahabat Selamanya
Sahabat Selamanya
memang aku dengan dia tak pernah mesra tapi aku pun dapat rasa yang suma member aku rasa, pemergian dia telah tertulis jadi kita yang masih hidup di dunia ini hendaklah mengambil semua itu sebagai pengajaran, sabar semua kawan-kawan aku, petang tadi sahabat sekolah aku telah meninggal atas sebab kemalangan di hadapan AIMS, Semeling, Kedah ramai yang tak dapat nak terima pemergian dia, jangan rasa sedih dengan semua yang berlaku, jenazah arwah telah selamat di bawa ke hospital, pada mlm td aku dengan sahabat aku pergi rumah dia sementara menunggu jenazah beliau di bawa pulang kami sempat bercerita apa yang telah berlaku dan teringt balik perbuatan arwah kepada kami semua buat kali terakhir, kini hanya tinggal kenangan sahabat ku
Muhd Ezham Bin Ellias
Posted by Epul@Casanova at 11:38 0 comments
Labels: Sahabat
Monday, 18 June 2012
dah jumpa dah
Hari ini aku telah jmpa peganti bg yana, aku mula2 tak ley lupa kn yana oleh sebab kn seorang ni aku boleh lupa kn yana mcm mna dia buat bg aku lupa kt yana aku pun tak tau huhuhu yang pasti dia mmg btl special bg aku tak mcm yang lain, walaupun perangai dia mcm budak2 aku still bleh tahan dengan dia, for your information aku knal dia dah lbh 11 thn jngan terkejut kalokorang tngok mmg tak caya kn dari kawan trus ke partner, aku dengan dia knal mmg sebelas thn tapi tak pena cakap, tak pena melawak than yang aku ingt dia gtau aku yang dia mula tegur aku time percubaan pmr time tua yang aku dengan dia melawak than dia ada gtau aku yang dia bru tau mcm mna bila joke ngan aku, aku mmh nyakat orang hbs2 la kalo pompuan mmg aku boh padu2 punyakadang2 ada yang sampai marah ngan aku tapi aku dah biasa dah pompuan ni mula2 mmg mcm ni mula2 marah than nnt rindu kita baru nk mai cari, sambung blik cerita aku dengan cik epa aku ni, aku pun tak caya mcm mna aku boleh kawan dengan da huhuhu mcm mna la kalo ada yang boleh gtau aku please tell me. Tak silap aku aku melawak je ngan dia aku tnya dia ‘woi epa la ni ang couple ngan cpa’.
Dia kta ‘mna ada aku tak pena couple la still single’.
Aku ‘ takkn kow kalo mcm tue aku nk msuk Q bleh’.
Epa ‘meh la aku tak kisah ‘.
Aku tau dia joke je ngan aku cmpai la mlm ni 24.12.2011. aku mula2 ingt nk joke jgak ngan dia than aku tengok dia mcm seriuos ngan aku aku pun serious gak tengok2 lekt la cik epa ni kt aku . aku dengan dia mmg terbaik la aku harap aku ngan dia bukn mcm aku ngan pompuan yang lain aku nk jga dia btl2 aku tak nk ilang dia dah, I will spentime with you any time, tak kisah la jauh mna pun ada jgak epul call or else. Ye syg sambung esok plak cita ni thank for reading.
Posted by Epul@Casanova at 16:32 0 comments
Labels: Aku Dan Dia
Saya Lihat Tangisan Ibu
IKUT EMOSI...remaja ditahan selepas membatalkan niatnya terjun bangunan.
KUCHING: Seorang remaja lelaki membatalkan niat terjun dari tingkat tiga bangunan empat tingkat selepas melihat kelibat ibu dan bapanya yang menangis selain merayu dia tidak meneruskan tindakan berkenaan di Chong Ling Park, Jalan Tabuan, di sini, kelmarin.
Difahamkan, kejadian jam 8 malam berlaku apabila remaja berusia 18 tahun yang bekerja di rumah urut berdekatan mengambil tindakan nekad itu selepas berdepan tekanan perasaan akibat masalah keluarga.
Menurut sumber, perbuatan remaja terbabit dilihat orang ramai sebelum menghubungi polis.
“Remaja terbabit menyewa di bilik di bangunan berkenaan, duduk di tepi tingkap, seolah-olah mahu terjun.
“Sebaik menerima panggilan kecemasan, polis mendapatkan bantuan bomba dan penyelamat bagi memujuk remaja berkenaan.
“Apabila semua usaha buntu, polis terpaksa menghubungi keluarga remaja itu sebelum ibu dan bapa lelaki itu tiba beberapa minit kemudian,” katanya.
Katanya, dalam keadaan menangis, pasangan suami isteri itu kemudian kemudian bergegas ke tingkat tiga bagi memujuk anak mereka itu supaya tidak meneruskan perbuatan itu.
“Usaha dan pujukan pasangan itu membuahkan hasil apabila remaja terbabit membatalkan niat sambil meluru memeluk kedua ibu dan bapanya,” katanya.
Beliau berkata, remaja terbabit dibawa ke Balai Polis Simpang Tiga untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.
Posted by Epul@Casanova at 16:26 0 comments
Labels: Berita
Remaja Mangsa Buli Bunuh Diri
MANCHESTER: Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun membunuh diri setelah menjadi mangsa pembuli, dakwa kawan-kawannya, semalam.
Jade Stringer dari Bury, Greater Manchester, mati Sabtu lalu, enam hari selepas ditemui tidak sedarkan diri di dalam bilik oleh bapanya, David.
Walaupun cuba untuk dipulihkan, gadis itu tidak langsung sedarkan diri.
Dia dihantar ke Hospital Besar Fairfield pada 10 Jun lalu di mana dia meninggal dunia selepas satu minggu menggunakan bantuan mesin pernafasan.
Dia dihantar ke Hospital Besar Fairfield pada 10 Jun lalu di mana dia meninggal dunia selepas satu minggu menggunakan bantuan mesin pernafasan.
Rakan remaja itu yang bersekolah di Sekolah Tinggi Haslingden dekat Rossendale, Lancs, mendakwa dia dibuli.
Penghormatan yang diletak di Twitter dan Facebook berkata, dia adalah mangsa buli.
Seorang pelajar menulis, “Dia dibuli oleh beberapa orang.”
Chelsea Lazaruik berkata, “Semoga tenang Jade Stringer. Anda tidak sepatutnya mati seperti ini, membuli memang teruk tetapi anda tetap cantik di setiap sisi. Tidur dengan tenang xxx”
Vanessa Nuttall berkata, “Kenapa orang suka membuli seseorang itu sedangkan ia perbuatan sangat teruk.”
Ada juga laporan mengatakan dia bertengkar dengan bapanya selepas telefon bimbitnya diambil darinya.
Polis berkata, mereka tidak menyiasat kematiannya sebagai mencurigakan dan sedang “mengkaji keadaan” yang menyebabkan insiden itu.
Jurucakap Polis Greater Manchester berkata,” Tidak lama selepas 3.35 petang pada Ahad 10 Jun, polis dipanggil oleh paramedik untuk datang ke rumah di Jalan Bolton di Hawkshaw Edenfield, selepas seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dilaporkan dijumpai tidak sedarkan diri.
“Kematian ini tidak dianggap sebagai mencurigakan dan kami tidak akan mencari sesiapa yang mempunyai kaitan dengan kejadian itu.
“Tetapi, polis mengkaji keadaan yang menyebabkan kejadian ini berlaku.” -DM
Posted by Epul@Casanova at 16:18 0 comments
Labels: Berita
Penagih Juntai anak
LELAKI yang khayal dadah menyokong anaknya dengan sebelah kaki bagi elak daripada jatuh.
BEIJING: Seorang lelaki semalam, menjuntaikan anak perempuannya berusia tiga tahun di tingkap tingkat enam di blok apartmen mereka, selepas bertengkar dengan isterinya.
Lelaki itu membuka tingkap rumah pangsa yang baru diduduki dan duduk di birai dengan hanya memegang pergelangan tangan budak kecil itu.
Kanak-kanak kecil itu dapat dilihat cuba memeluk lutut bapanya dan menjerit ketakutan.
Saksi berkata, sesekali dia menyokong tubuh anaknya dengan kakinya tetapi dia lebih banyak memegang dengan sebelah tangan saja.
Saksi berkata, sesekali dia menyokong tubuh anaknya dengan kakinya tetapi dia lebih banyak memegang dengan sebelah tangan saja.
Ibu kanak-kanak itu boleh didengar menjerit dari dalam rumah dan merayunya membawa kanak-kanak itu kembali ke dalam.
Jiran menelefon perkhidmatan kecemasan yang meletakkan tilam angin di bawah sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya kanak-kanak itu terjatuh.
Anggota polis menyerbu flat itu dan mula berunding dengan lelaki berkenaan.
Selepas dia enggan membawa masuk kanak-kanak perempuan itu ke dalam, mereka terus menerpa ke arah lelaki itu dan menarik kanak-kanak perempuan itu ke tempat selamat.
Kanak-kanak itu dipercayai tidak cedera selepas kejadian itu.
Polis menahan lelaki itu yang dikatakan bertengkar dengan ibu kanak-kanak itu dan khayal kerana mengambil dadah. - DM
Posted by Epul@Casanova at 16:14 0 comments
Labels: Berita
Subscribe to:
Posts (Atom)